Monday 5 September 2016

Simpan Rapi Sendiri

Assalamualaikum,

Rasa ini. hati ini, akan kurasa sendiri,
Biar hingga mati, akan kuhayati,
Pengorbanan hidup sakit tak terperi,
Kerana kupercayai ada hikmah tersembunyi.

Satu kumahu kau tahu,
namamu sentiasa ada dalam doaku,
di sepanjang hayatku,
selama hidupku.

Semoga segala kebaikan mengiringi,
semoga segala kejahatan kau simpangi,
Biar lama aku menanti,
Kau tetap di dalam hati.

Mawar 050916