Saturday 30 November 2013


Selongkar draft jumpe yg ini. bismillah:)
22/8/2013
Happy birthday ezni! Ehhe 21 tahun dah anda. Pagi yang tak cergas dan ma suruh kemas stor yang didalamnya penuh dengan buku dan barangku sepanjang pengajian di integomb, kmpk, dan usim. Sememangnya nabila kurang gemar menyelongkar barang-barang itu semula mengenangkan zaman-zaman pahit manis yang lalu. Satu persatu khazanah dikenalpasti. Ah kenangan lalu! Terjumpa tanda nama  dari pelbagai event. Terjumpa gambar-gambar lama. Terjumpa surat cinta. Terjumpa kad hari lahir. Terjumpa flyers, (yg ini memang femes dalam kalangan budak sbp lah kan). Terjumpa kad request dunkindonut prs. Terjumpa kad pulang bermalam dan kad outing. Dan yang paling dahsyat terjumpa slip salah laku(yg ini budak2 nakal macam aku biasa dapat.hehe).








namun itu semuanya kenangan. Kenangan yang tersemat abadi dalam lipatan sejarah hidupku. Kadang-kadang terfikir balik kalau kita tak pernah gagal. Kita tak rasa betapa peritnya apabila kita jatuh. Begitu juga sebaliknya. Kita selalu alpa di saat berada di puncak tertinggi. Dan hakikatnya sudah menjadi lumrah kehidupan manusia yang seperti roda ada kala di atas dan adakalanya terperosok dibawah.   

Jadi adik-adik yang masih bersekolah tu, manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada kt sekolah tu sebab kat luar tak tentu lagi dapat pengalaman yang seronok macam kat sekolah. Yes I admit it! Dulu kat sekolah pun aku lah orang yang paling tak sabar nak habis sekolah , nak masuk u, nak kerja katenye. Tapi baru beberapa hari tinggalkan sekolah Ya Allah rindunya tak payah cerita lah kan. Rindu nak bangun pagi buta dengar siren turun subuh,  rindu nak berhimpun kat kalang cekal, rindu nak berebut kat koop, rindu nak usrah hari jumaat haishh rindu semualah. Yang pasti terlalu banyak kita belajar kat sekolah. Belajar jadi budak pandai dah nama pun sbp (sekolahbudakpandai) walaupun ade yg takberapa nak jadi pandai sebab banyak main macam aku nih-_- (okinirealiti), belajar uruskan majlis-majlis besar kat sekolah, belajar buat keputusan yang bijak, belajar jadi dewasa dan matang , belajar berdisiplin, belajar bawak diri kat tempat orang, dan yang paling penting belajar jadi khalifah yang nak berjasa di bumi Tuhan ni.

Belajarlah dik selagi ada masa. Nanti banyak kenangan, banyak cerita boleh dikongsikan kat kawan-kawan yang tak senasib dengan awak. Bukan untuk bangga, tapi sekadar berkongsi dengan penuh rasa kesyukuran. Dan satu lagi nanti confirm bertambah-tambah kawan lepas balik dari kem atau game  sana- sini. Jadi tak payah nak jakun sangat lah kan kalau jumpa mereka kembali masa kat asasi atau u nanti. Akhir kata terima kasih sekolah, terima kasih cikgu-cikgu yang tak pernah kenal erti penat lelah dalam mendidik anak bangsa yang banyak kerenah yang macam kami ni, terima kasih kawan-kawan yang menjadi pelakon dalam pementasan kisah sekolah kita. Walau di mana kita berada, jangan lupa asal usul kitaJ sekian maaf andai tersilap kata. Selamat hari raya

Monday 9 September 2013

DISCRETE MATHEMATICS

assalamualaikum. kisah discrete math yg student kata menyeramkan tu. ok post ni nabila tulis untuk adik-adik yg bakal ambil subjek ni, student computer sc lah terutamanya. jangan nak menyeksa diri untuk terima benda ni susah sedangkan awak tak mula berkenalan lagi dengan subjek ni. tak ada beza sgt pun dgn subjek math yg lain cuma yg ini discrete. haha, hakikatnya kalau ada org yg sepesen dengan aku nih akan mengatakan kau cakap lah soalan senang macamanapun kalau dah tak reti tak reti jugak lah math ni. dan kadang-kadang kalau exam dapat A tu mmg rezeki lah org kata.

subjek ni batch kami student isa sem 4 baru ambil. mungkin stress jugak bagi org yg tak suka math mcm aku ni sebab kena ambil 2 math subjek sem ni. sebab tu tak sanggup utk tambah calculus lg sebab jam kredit dah lebih lebih T.T. tapi bukan itu sebab utama kat sini. dalam apa jua perkara yang kita buat perkara pertama kena igt ialah menuntut ilmu hanya kerana Allah. sepanjang sem ni mmg banyak benda berlaku dan yg paling igt mid term punya test ada yg dapat 19. 19 tu mmg tak banyak dan 19 itulah yg menjadi titik tolak sebelum ke final. syukur dr ismail masih ada belas kasihan. senang nak skor subjek ni sebenanrnya, present ikut apa yg dr nak dan jangan sekali-kali malas nak buat research pasal task yg korg dapat tu. soalan problem solving yang beliau beri tu sebenarnya takde lah susah mana. tapi yg penting tu lah. USAHA. siapa sangka yg 19 itu sudah berubah. alhamdulillah percaturan ALLAH itu Maha Adil. Sempurna. banyakkan buat latihan dan jangan putus asa. banyakkan buat latihan sampai korg muak pun takpe, utk kepentingan masa depan. ingat! yang fail bukan selamanya fail!!!yg penting senttisa usaha tawakal dan doa jgn putus-putus. ALL THE BEST!

Sunday 18 August 2013

infosys batch 9

28/7
Seusai subuh nabila terus bersiap untuk ke Sama-Sama Hotel. Pagi tu hanya tuhan yg tahu rasa sebak, berat hati, tak nak pegi ,rasa macam tak ubah keputusan pun ada. Tapi cuba positifkan juga dengan niat menuntut ilmu kerana Allah. Rezeki daripada Allah yang semua orang berebut nak pegi.  Sebab-sebab tak nak pergi tu takde lah kritikal sgt, sebenarnya nabila dah dimomokkan dengan kepayahan dan kesukaran sepanjang berada di program ini melalui blog batch Infosys yg lepas. Tambahan pula, nabila bukan minat sgt dan tiada kepakaran khusus nak ber’komputer ’ sepanjang cuti sem4 ini. Memang ada niat nak kerja dan duduk ber’relaks’ di rumah sahaja. Ternyata semua berlaku sekelip mata. Jumaat habis exam, Sabtu beronggeng dgn wani, nara ,n juju ,dan Ahad nabila dah ada di Sabah ba. Sekelip mata oke, tak ada masa nak tukar fikiran bagai. Tapi macam biasa ,bebajet cool bebajet kental. Pastu cakap dpn cermin, chill la sabah je pun, sebulan je pun * oke ini tipu, sebulan tu lama kot-_- Nena tu setahun duduk semenanjung oke je. Sobs. Tapi lainnya kat sini, jadual anda-anda sangat padat. Sangat padat oke! Tak payah nak berangan nak daki gunung kinabalu bagai. Kelas pagi ke petang + esaimen utk dihantar pada malamnya. Tiada cuti sabtu dan ahad. Ternyata sangat seronok. Sangat seronok -_-. Tapi nabila akui program ni mmg sesuai utk org yg dah habis belaja tunggu nak grad atau nak g LI sebab korang akan polish balik apa yang korang belajar sepanjang pengajian korang tu. Memang la penat, tapi fikir utk masa depan. Ma pun cakap benda yang sama. Sebab mulanya nabila mmg takde rase nak pegi Infosys ni, ujian pun buat main-main sebab lecturer wajibkan semua sit for the test kan, interview lagi la, buat tak sopan bagai. Tapi tu la, orang kata rezeki. Mungkin Allah atur nabila duduk sini supaya jatuh cinta dengan ISA ke kan, dah dua tahun oke tapi rasa tu tak sampai lagi. walaupun dah duduk dalam golongan bijak pandai programming, database, dll nabila tetap rindukan buku Biology Campbell yang kt rumah tu. Mungkin sebab tu yang membuatkan nabila rasa tak seronok. Mereka yg join program ni memang perlu berlapang dada dan terima apa saja.  Allah atur dan nabila cuba tempuh walaupun kadang- kadang ada sampai tahap nak putus asa tapi sentiasa yakin yang segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
                Hari pertama program dah  ada pre-test dan majority failed seperti yg disangka. Rasa macam tak pernah belajar apa-apa sebelum ni. Memang main dadu lah jawabnya. Soalan sgt tricky dan anda sgt perlu berpengetahuan tinggi dalam bidang-bidang tersebut. Tapi tenaga pengajar sangat membantu, untuk siapa yg ade rasa susah mcm nabila ni, memang perlu angkat tangan tanya, sebab once korang simpan soalan tu seharian, memang sampai bila tak akan tau. Seminggu terawal ni masih boleh rasa menjadi manusia lagi sebab baru belajar ICS, OS, dan Problem Solving tech. Tunggu seminggu lagi jadi la zombie yang berjaya kot. Pergi pagi balik malam. Pastu sedapkan hati sendiri nak praktis esok-esok kau kerja gini lah kot. Btw setiap seminggu memang akan ada test yang merangkumi  beberapa subject yang dh belajar tu. Sangat seronok.

4/8
Terawekh terakhir di masjid ums. Ternyata sebak, hamper sebulan ramadhan di bumi sabah dan hanya tinggal kurang seminggu untuk syawal. Memang tak terasa lama, jadual harian yg sama hari demi hari. Segala jenis bahasa pengaturcaraan dipelajari dan aku bersyukur kerana Allah kurniakan kekentalan jiwa terhadap diri ini. Kalau tak, nabila rasa ada yg dah berrenang balik semenanjung kot. 3 hari sebelum tamat program Infosys ni kami dapat emel daripada dr fadzly, dan kami ditawarkan utk menyambung pengajian ke Infosys batch 10 di Langkawi. Bila dengar Langkawi memang rasa tak nak fikir 8 kali utk mengatakan nak pergi. Tapi kata hati cukup dulu untuk yg ini. Mungkin rezeki di lain masa. Memang kena nasihat dengan makpi dll. Tolak rezeki katanya. chopppp! mari mengimbau sebentar




workspace

makanan harian

pasar filipin, jakun tgk ikan bakar jual mcm keropok lekor gitu haa

groupmate! grup8 + sv piji + haris, ok miss u guyss

usimians at infosys9

laluan harian

malam terakhir di sini, malam tido less than 1 hour dan pagi lepas sahur hantar efa balik kuching, mmg la aku dah lama tak bawak kereta kan, Alhamdulillah segalanya lancar,sebak tak payah cerita lah kan, pukul 6 dah sampai kkIA. Kak alia n kak vee yg rapat dgn efa pun ada sekali. Sememang nya pesahabatan ini sgt indah. Sangat indah. Manisnya ukhuwah yg dibina atas nama Allah. Semoga diberkati. Ada rezeki kita jumpa di lain masa.