Wednesday 27 January 2016

Duka selepas suka

January 2016
----------------

Setiap orang ada jatuh dan bangunnya. Akur.
Terima kasih Allah untuk permulaan tahun yang penuh cabaran.
Aku kenal dengan seseorang.
Seorang cantik, tabah, dan manja.
Aku panggil dia fasha
Bulan ini saja banyak perkara terjadi kat dia
Dia selalu senyum sorokkan duka dia
Fasha positif orangnya, dia beranggapan segala perkara ada hikmahnya
dia dimaki, dihina, dikritik
semua nampak salah
semua tak kena
tapi dia sedaya upaya nak senangkan hati semua orang.
aku rasa sudah sampai masa kau fikir pasal diri kau fasha.
Cukup dulu kau sakit sebab orang,
beri sikit masa untuk kau gembira.

Aku selalu perasan, orang yang selalu gembira ceria ni mesti ada sesuatu yang dia sorok.

kita taktau kalau dia tengah sedih ke, kecewa ke, trauma ke.
tenang sahaja hidup kau fasha. Segalanya akan kembali ceria
Aku selalu doakan kau terus tabah cantik dan gembira.
Kegagalan itu biasa
tapi kegagalan boleh jadi binasa
Ayuh bangun, anggap itu mungkin cara Allah nak bantu ringankan beban kita kat akhirat kelak.

Syukur atas segala nikmat yang diberi ALLAH.
Cari hidupmu jangan lupa matimu, Sahabat.