Sunday 21 October 2012

TIADA ISTILAH JEMU


Assalamualaikum.Salam perjuangan!
yalls sihat? kalau tak sehat jumpa nabila,okeh??*gurau je,hehe. Semenjak melangkah ke sem 3 ni memang sangat banyak perkara yang berlaku. Ada yang manis dan ada yang pahit. Itu semua adat kehidupan. Aku akur kerana aku tahu setiap perkara mempunyai sebab mengapa ianya harus berlaku. Ahha! Semalam saya menjamah sarap sambil mendengar celoteh pengacara dan panel  ‘Assalamualaikum’;merupakan sebuah rancangan pagi di saluran Al-Hijrah. Syabas dan tahniah kerana berjaya menarik perhatian nabila untuk mendengar!*Nampak sangatinsaf.haha. okeh. Mari saya kongsikan serba sedikit apa yang motivator tu syarahkan. Sebenarnya apa yang membuatkan nabila tertarik nak dengar dan lihat sebab perkara yang disebut seolah terkena di batang hidung sendiri. Bagaimana menghadapi kenyataan bahawa anda perlu repeat paper?? Bagaimana nak menghadap subjek yang sama yang kita tak pernah minat?? Bagaimana mengahadapi muka lecturer yang sama yang paling anda ‘cintai’. Ouh! Sememangnya sesuatu perkara yang ajaib kalau repeat then u got an A!! Tapi itu tak mustahil. Penceramah tu kata peranan kaunselor sangat membantu sebab mereka akan cuba sedaya upaya mencungkil masalah yg kita hadapi. Sebab tu nabila cita-cita tinggi nak jadi kaunselor!*ehinitipu,dirisendiripuntakterjaga. Haha. Dan ternyata usaha itu berbalas, penceramah turut bercerita contoh pelajarnya yang sememangnya tidak mempunyai semangat lalu dididik rapi, ditanyakan soalan kepadanya, bertanya adakah mungkin pelajarnya itu mempunyai masalah atau halangan lain. Seterusnya diterapi secara kerap dan akhirnya mereka berjaya. Hakikatnya mereka sudah pernah belajar subjek2 tersebut mungkin hanya tersilap langkah lalu tersungkur. Jadi mereka tidak memerlukan tempoh 1 semester itu hanya untuk belajar perkara yang sama. Mereka perlukan perhatian dan sokongan yang utuh dari guru-guru, rakan, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Yeahh!you really inspired me!ahha. dan aku tak pernah kecewa kerana aku yakin Allah pasti sentiasa di sisi membantu tika senang dan susah dan aku percaya gagal sekali tak bermaksud gagal selamaya..ingat tuJ
disisi tika senang dan susah.bsc02 2011/2012

Sunday 19 August 2012

syawal bulan kemenangan

hajat dihati ingin menulis entry baru sgt menebal. sebelum telambat, SALAM AIDILFITRI untuk abah,mama, famili, kakik, kawan-kawan, cikgu, pensyarah dan semua yg mengenali diri ini. ampun kuhulur maaf kupinta andai banyak terkasar bicara, tersilap kata, sememangnya aku ini insan biasa yang sering khilaf dalam melalukan sesuatu perkara. diharap amalan yang mulia sepanjang bulan ramadhan diteruskan di bulan-bulan lain.

Thursday 16 August 2012

andai ini ramadhan terakhir kita. .

ramadhan bulan mulia. semakin hampir di penghujung ramadhan, semakin meruntun hati ini. mana tidaknya, bulan barakah ini datang hanya sekali setahun. cukup meriahkah sambutan kita terhadapnya?? sekadar nasihat dan peringatan untuk diri yg kerdil ini.

Bagi diriku,ramadhan kali ini terasa amat syahdu. dengan pemergian nenda tercinta menambah lagi kesedihan di awal ramadhan ini. namun aku reda. yang hidup perlu teruskan kehidupan. rahmat dan kelebihan yang diturunkan di bulan mulia ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk melipatgandakan pahala-pahala yang sedikit itu. jangan pula asyik dengan persiapan hari raya sampai tak tersentuh alquran untuk dibaca, tak terlarat kaki nak tunaikan terawih..yang sunat jangan lupa buat apatah lagi yang wajib,,memang sangat-sangat perlu diambil berat. sentiasa anggap ibadah yang dilakukan seolah-olah kita akan mati seusainya.

ambil peluang untuk menambah amal dan ibadah. jika sebelum ini tak sempat nak berqiamullail, tidak salah menunaikan solat-solat sunat sebelum sahur tu,,ditambah pula dengan alunan zikir yang tak pernah putus dari bibir seorang hamba yang kerdil. YA Allah, betapa beruntungnya manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini diberi hadiah yang sebegini mahal!!tidak termasuk lailatul qadar yang malamnya tidak setanding dengan malam-malam lain..subhanaAllah!sungguh besar rahmatmu.

semoga kita berkesempatan lagi untuk bersua denganmu ya ramadhan kareem. Ya Allah, jadikan aku dalam golongan orang yang beruntung dan bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang telah Engkau kurniakan. ameen


Monday 6 August 2012

manisnya zaman persekolahan:)

terasa geli pula d hati apabila membaca semula hasil coretan tika muda remaja. *eh!tapi sekarang pun muda lagi:)selamat berpuisi.hikhok

http://hjhsitimah.blogspot.com/2010/09/rindurindu.html

Tuesday 31 July 2012

nilai seorang sahabat:)

tahap keterujaan yang sangat tinggi apabila kawan yang dah lama x jumpa datang melawat ke semenanjung. oh oke, my sarawakian friend !!

hi guys!assalamualaikum:)

walaupun jarak yang jauh memisahkan antara kita dah sahabat itu, pasti! seakan ada suatu ikatan atau talian yang menghubungkan kalian, walau sejauh mana mereka berada. begitulah manisnya sebuah ikatan ukhwah yang terbina sejak sekian lamanya. persefahaman yang tinggi sangat perlu dalam konsep bersahabat. tidak kira anda lelaki ataupun perempuan.

tetapi ada beberapa faktor yang menunjukkan lelaki dan perempuan mengalami kondisi yang berbeza sepanjang berkawan.

1. declare sebagai kawan
selalunya perempuan lah lebih cerewet, nak yang official punya..eg:"hai, saya nabila, selamat berkenalan!"
nampak macam skema lahai wahai perempuan..berbanding dengan lelaki yang memang sangat sempoi weh! jumpa orang dan cakap hai kt ublic toilet pun dah kira kawan. bila isteri tanya "sape tu bang?" mesti nanti dia cakap "kawan haritu terserempak kt toilet"..kalau perempuan pula, masti nanti dia cakap "sape entah ,tapi muka dia mcm familiar lah!" haha. nampak macam kelakar kan? tapi ada betulnya juga kadang-kadang..

2. sifat-sifat yang "mulia"
selalunya bab simpan rahsia lah!perempuan suka cakap"weh,tapi ni rahsia tau,rasa bersalah pulak nk cite kt korg". memang perempuan pandai jaga rahsia pun-,-. . .tapi itulah yang dikatakan kadang-kadang jantina boleh dijadikan faktor perbezaan. kalau lelaki yang jenis simpan rahsia, confirm weh!xde sape akan tahu rahsia tu, , dah nama pun rahsia kan memang lah cuba menyembunyikan sesuatu daripada diketahui umum. tapi aku rasa kalau setakat mesej awek kat handphone dorang tu,mesti semua housemate dah habis bace lah lagi-lagi lelaki suka letak handphone merata berbanding perempuan yang handphonenya sentiasa disisi. privacy habis lah kau perempuan!

3. cara menghargai
perempuan biasanya perlu ada baju atau purse atau gelang atau beg yang sama untuk menunjukkan yang mereka adalah bff berbanding lelaki yang xpernah kisah pasal semua perkara tersebut. remeh sangat lah kalau semua nak sama kan. kawan lelaki kalau yang tak kesah bagi pinjam duit tu pun dah ok dah. kalau setakat bagi present time birthday tu lelaki lago extreme lah kot. lagi-lagi bab prank orang. lagi kejam lagi best kan kan kan lelaki? kalau perempuan dibuatnya gitu, mahunya terus jadi gaduh!haha. then kalau tak ingat nak wish birthday mulalah nak touching semacam. . chill la weh, birthday je pun:))

tapi tak semua perempuan sama seperti perempuan-perempuan di atas begitu juga tak semua lelaki sama seperti lelaki di atas, cuma kebiasaannya begitulah:) peace no war

okeh, berbalik kepada cerita introduction di atas

ini kawan saya yang jauh di mata dekat di hati:)
selongkar blog lama, jumpa pulak entry ni..hikhok

http://hjhsitimah.blogspot.com/2011/01/2011.html

dulu (2009)


|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

2012



sahabat selamanya:))

Sunday 22 July 2012

kematian itu pasti. .



16 julai 2012 merupakan tarikh yang menjadi sejarah dalam hidupku. Seorang wanita yang kupandang mulia, senyumannya tidak akan kulupakan sampai bila-bila. Allahyarhamah hajah sitimah binti hj sirin; nenda tercinta telah kembali kepada pencipta-Nya. Sesungguhnya aku pasti kematian itu pasti.

“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. . .” Ali imran 3:145

Pemergiannya membuatkan seluruh warga Ukhwah Hjh Sitimah bermandikan air mata. Suasana terlalu sebak. Pagi itu, keadaannya masih normal. Namun aku dapat merasakan masanya sudah hampir. Rengekannya sangat jelas kudengari, kesakitan dalaman yang tidak dapat kubayangkan betapa getirnya rasa. Sebelum nenda dimasukkan ke wad, doktor mengesahkan bahawa arwah menghidapi upper gastrointestinal bleed. Aku serba sedikit tahu tentang penyakit ini hanya belum berpeluang untuk terus mendalami dalam bidang ini. Wajarlah tekak arwah sentiasa kering dan sangat dahagakan air, setiap apa yang dimakan semuanya habis dimuntahkan semula. Keadaannya lemah dan tidak bermaya, wajahnya kelihatan semakin pucat. Seusai zohor, panggilan dari sepupu yang kutinggalkan di hospital lantaran mama ingin mengganti pakaian yang terkena muntah nenda pagi tadi mengatakan yang arwah sudah berada dalam keadaan tenat. Tidak pernah ku memacu laju di jalan kampung selaju petang itu. Aku hanya mampu berdoa agar segalanya mudah dan selamat. Terasa beban yang sangat berat kupikul tika itu. Suasana redup mengiringi kami. Setibanya di hospital, adik beradik mama sudah bisu dan kelihatan resah sekali. Rupa-rupanya nenda sudah mengalami kesukaran untuk bernafas. Air mata yang sememangnya tidak tumpah sekian lama akhirnya jatuh ke pipi. Doktor memeluk erat daddy nong dan mengatakan ayat keramat seperti dalam kebiasaan drama melayu. hujan mulai turun seolah-olah turut bersedih dengan berita itu. Tambah menyedihkan apabila anak bongsu kesayangan nenda tidak sempat untuk menatap nenda buat kali terakhir. Hanya beberapa saat sahaja, namun ajal tak mengira waktu. Pada mulanya aku masih tidak percaya, dahinya kukucup. Senyumannya masih terukir cantik. Nenda masih tidur, tidur selenanya di sana. Berehatlah wahai nendaku sayang. Doaku semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmah. . . al-fatihah  


Thursday 12 July 2012

pertemuan dan perpisahan


Hari terakhir semester II. rasa sayu pula nak tinggalkan kawan-kawan. semua dah sibuk mengemas dan masing-masing dah beli tiket nak balik kampung halaman. sememangnya aku insan biasa yang byk buat salah kat kawan-kawan, pensyarah ,dll. harap dimaafkan. lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.aku reda sebab perpisahan itu kadang-kadang menguji tahap keutuhan ukhwah kita. semoga segalanya selamat:)

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir

Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
1st Edition feat Aizat Amdan – Perpisahan Ini






Wednesday 13 June 2012

syawal lalu :)


subhanaAllah.rindunya pada kampong halaman. 23 rejab hari ini. Sekejapnya masa berlalu. Lepas rejab,syaaban, ramadhan,syawal..yeah! ramadhan??pusaseJsyawal??raya?? eh.baju raya mama dah beli ke belum ek?*xdekaitan.ehhe. malam ni rasa macam syahdu je..geledah folder music,terjumpa lagu raya!!oh tidak..terimbau syawal2 lalu.nak mengubat duka lah..tahun lepas punya raya dan syawal tak meriah macam biasa sebab muncul berita sedih beberapa hari sebelum syawal..oke.yang sedih jangan dikenang! Lepas tu geledah folder picture jumpa pulak gambaq2 ghaye tahun lepas.ngee.entah sempat ke tidak aku ramadhan kali ini, entah sempat ke tidak aku syawal kali ini,,

oke!jom-jom mengimbau kenangan T_T..sobs..



ini gambar semasa majlis mengacau dodol a.k.a jenang kt rumah mbah:)) jagung bakar itu sgt kelihatan sedap kan?ehhe




yummy!!!

dhia memang suke tanya rasa api tu mcmmane..haha

1st time snap dgn famili besar belah abah..*excited

hasanah n nurul without their parent T_T..*dptsepupunanakbuahbaru:)

ok!!ini 3 beradik:)

yeaaahh!!!acara yg agak membazir ye sebenarnye..hehhe

we are siblings:))



sekejap je lagi, nanti dah habis exam kite balik rumah ekJ


Tuesday 12 June 2012

sentiasa bersyukur dengan apa yang ada:)


Assalamualaikum..exam fever weh!!doakan saya berjaya oke:) terima kasih Farah Khalidah yang menghadiahkan ayat ini kepada saya suatu ketika dulu,,*awktinggalkanstickynotekttafsirsayakan?syukran!!

4:32 dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita juga ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaannya. Sesungguhnya Allah mengetahui setiap sesuatu.

Setiap orang mempunyai cita-cita. Doktor, jurutera, pensyarah, polis, peguam, penyanyi, dan macam-macam lg . sebagai manusia biasa, kita berhak untuk menyimpan hasrat membantu anak bangsa suatu hari nanti. Memang aku jenis yang bercita-cita tinggi sejak dari kecilJ.*pujidirisendirinampak..ehhe. tapi itu fakta,Nampak macam berwawasan kan?..dulu aku memang nak sangat jadi DR nabila.angan-angan setinggi gunung!!woha!tapi rezeki tak ke situ pulaknya. Tapi kenapa doctor?kenapa bukan lawyer ke.lecturer ke??yess.dulu ustazah husnita a.k.a mama aku kt sekolah menengah, selalu cakap yang aku ni akan jadi pensyarah. Dan memang aku tulis kat buku biodata kawan2 yg aku nk jd pensyarah. Hakikatnya hati kecil aku tetap meronta nak jd doctor sebab aku memang xsuke pergi klinik or hospital kalau sakit +aku memg cari jurusan yang xde kene mengena dgn addmath. Alhamdulillah Allah bg kelebihan, memang jarang sakit tapi bila dah demam tu,,mak aih bukan main susah lg nak jageXD hek..and aku akan cube bajet strong minum air hundred plus sebab xnak jumpe doctor!!dan aku selalu bertekad nnt kalau aku jd doctor, aku nk rawat sndiri,xyah susah-susah nak pergi klinik..he*bolehkemacamtu?ahha,tapi xsemua benda kat dunia ni kita boleh dapat dengan sekelip mata kan?setiap ibadah kita mesti disertakan dengan usaha yang gigihJ lama-kelamaan, aku mulai reda dengan ketentuannya. aku bersyukur sebab Allah sentiasa memberi kita peluang walaupun pernah gagal berulang kali.

                                                                      gambaq dari google:)

Apa yang membuatkan aku tetiba nak tulis entry pasal cita2 ni ek???ahha. i noe, kau baru tengok gamba kawan-kawan kau yang tengah further medic kan kan kan n kau jeles sebab kau xjadi macam dorg kan kan kan?? Yup!kadang-kadang persoalan itu bermain di fikiran, “eh,kenapa aku xjadi macam dorang ek?”sedangkan kau nak sangat jadi doctor!!kadang-kadang serabut jugak memikirkan jawapan yang sesuai,,dan aku selalu sedapkan hati cakap yang ada benda yang lagi baik daripada tu yang kau boleh jadi, manalah tahu suatu hari nanti . kalau ayat x jaga hati pula selalu camni, ‘itulah kau!dulu suruh belajaq elok2 dari spm sampailah ke matrik tak nak..bila result dah kelaut baru sesal tak terkata’..ahha..ini yang tak berapa sedap nak dengar. Perkara yang lepas usah dikenang la kawan. Xsemestinya kawan-kawan awk yg 4 flat tu dapat sambung medic,,masing-masing ada cita-cita dan matlamat hidup sendiri.semua bergantung pada diri mereka.ramai juga yang sehaluan dengan kau!dan kau kene igt medic tu bukan senang macam belaja sekolah tadika dulu..mampukah anda??ehhe..jadi, tak perlu lah nak cemburu buta sangat sebaliknya teruskan kehidupan seperti yang Allah pandukan untuk kita yang penting jangan mudah putus asa dan sentiasa tetapkan niat di hati kita yang segala ibadah dan amalan hanya untuk yang Maha Esa.

                                                                            never ever give up!!-google-



Jangan sesekali buat sesuatu perkara yang bodoh semata-mata sebab tak dapat result elok macam orang lain. Jangan sesekali cuba jatuhkan orang lain dengan cara yang tidak sihat. Sebaliknya, muhasabah diri anda, ketahui kelemahan diri, dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Ketahuilah bahawa ada kelebihan yang ada pada diri dan tiada bagi orang lain. Maksudnya kita masih perlukan masa untuk mengenali diri. Jangan pernah putus asa, sesunggunya Allah sentiasa ada bersama kita. Merintihlah hanya pada-Nya. Berdoalah hanya pada-Nya. Berserahlah hanya pada-Nya. inshaAllah hidup akan sentiasa dirahmati dan diberkati.

p/s:Buat sahabat yang sedang berjuang di jalanNya..terutamanya kepada para doctor wanna be! ,,ketahuilah yang saya amat mengagumi anda, dan saya sentiasa berdoa agar kalian sentiasa dimudahkan segala urusan dan berjaya menggapai reda hidup di dunia malah di akhirat kelak.semoga setiap usaha murni yang dilakukan mendapat pujian di sana nanti. Juga tidak lupa kepada sahabat lain, ketahuilah potensi diri anda sangat tinggi. Tak semua orang boleh meneruskan bidang pengajian yang sedang anda jalani sekarang. Anda hebat!! Tak perlu menoleh ke belakang,teruskan usaha mencapai matlamat hidup anda, airmata yang anda tumpahkan hari ini akan menjadi sejarah manis tika anda menggenggam segulung ijazah nanti. Dan berkhidmatlah sehabis baik untuk menjadi perintis anak bangsa kelak.




                                                                   :)


                                                                                                                                                                       credit:izzete's iphone







Wednesday 6 June 2012

study week utk study?..

waktu yg ditunggu-tunggu telah tiba.. apabila perasaan nk study tu dtg membuak-buak!!!inilah masanya buku-buku yang berhabuk di rak tu ingin dibelek.wahh!!rajinnya aku.*itu fakta yg perlu difikirkan 2,3 kali. tapi saya musykel juga. kenapa orang sibuk balik rumah ek bila tiba minggu study bermula??
mungkin nak mohon restu mak ayah, tapi kenape blik lame sgt??
ok..memang rumah bukan tempat study, tapi ada jugak orang yang lebih berbahagia study kt rumah..
ikut masing-masing la kn.yg penting kita ada usaha.
ok. selamat berjuang sahabatku;)jgn pernah kenal erti putus asa, teruskan mendaki hingga sampai ke puncak kejayaan
gambatte kudasai..

                                                                                                     curi kt google;p



Thursday 31 May 2012

semakin hari semakin baik

"sesungguhnya Allah tidah akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikannya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".(8:53)

sedar tak sedar, 2 semester kulalui alam universiti nih!!rasa macam xpercaya pun ada. macam mana rasa pantasnya masa berlalu 1 tahun tu, macam tu jugak lah anda rasa untuk tahun ke2 ,3, dan 4. sampai tamat pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin. itu kata-kata yang benar!! janganlah sampai kita menyesal di kemudian hari.

kadang-kadang memang kita memang rasa macam x mampu nk carry satu-satu subjek sampai final sebab kita xpernah sedar dan x pernah tahu yang sebenarnya kita mampu. itu FAKTA!!

Perkara ajaib itu akan berlaku sekiranya kita menyedari di mana kurang kita dan kita berusaha untuk ke arah kejayaan itu. yes!!KEJAYAAN merupakan impian setiap orang, tp x semua dapat kejayaan itu.
kadang-kadang mindset kite yg kata kita xmampu tp sebenarnya kita mampu!!
berubahlah dari yang MALAS kepada RAJIN...berubahlah sementara Allah memberi kita waktu dan ketika untuk menimba sebanyak ilmu di muka bumi ini

usaha tangga kejayaan;)
selamat berjuang semuanya...

Sunday 27 May 2012

mps

malam perdana siswa!!
assalamualaikum.salam sejahtera..
hari ini hari sabtu,cuaca hari ini cerah, saya menaiki kereta kembali ke uni:(
yesss!!itu fakta hari ini hari sabtu, something happen and i'm going back to usim on saturday.greattt!!
nak tau sebab apa, sebab aku sangat cuak dh test kulus-kulus isnin ni..sangat takut! ini x tipu!
ok. xde kaitan pun dengan tajuk. bukan satu desakan untuk pergi majlis ni sebenarnya, pukul 7.47pm baru tergerak hati nak pergi dan bersiaplah sy sesimple yg mungkin.. pkul 8 sharp ak siapp!!tp disebabkan permaisuri2 GTH yg lain x siap lg tunggu sampai ke isyak..memang kalah pengantin lah:p hehe..korang memang sangat cun lah weh..xtipu!!

nampak muka mereka yg kebuloq tuu!!!hee

indie lah konon;)

anyway..tahniah kepada pihak yg menguruskan!excellent:)semoga usim terus maju d persada tanah air


Friday 25 May 2012

erti sabar

assalamualaikum..

"jika kamu mahu. bersabarlah nescaya syurga bagimu"- kelas arab ustaz izuan

waktu- waktu genting nk hadapi exam ni macam pulak yg kene setel kan, presentation yg bertangguh lagi. macam-macam lahaai.. paling digeruni ofkos subjek calculus:| aku pun xtau apa yang ditakutka dengan subjek tu, tapi yang pasti auranya berbeza dgn subjek2 lain. seminggu lg nak study week, mase tu jugak lah nak buat quiz!!i like:) weekend pulak macam-macam kt kampus ni. serius meme aku nak join team building  tu.. dan memang itu yg sangat aku tunggu2..serabut punye pasal,,semua xyah pegi.hehe. dan jawapannya BALIK KAMPUNG!!penyelesai segala masalah.confirm lega lah weh:) anyway, all da best utk semua yg bakal dan sedang menduduki final!!doakan kejayaan kitaa bersama ek

Wednesday 23 May 2012

cerita sedih T_T


Assalamualaikum. Yes!!aku memang suka kucing. Tolong la paham*ok xde kaitan!. Malam kelmarin time kelas HE yg  telah berlangsung ujian mid term yg x berapa nak ready sebenarnya. Dalam pukul 10 camtu sibuk lah aku nak tengok jam la kan,sebab dah rase lapar gile malam tu. Tiba-tiba dah ada dua miscall, rupanya mama call, mama call lg and yang kali ni sempat angkat..guess what??!!

Mama: tengah kelas ke??dengar mcm bising je tu (*kantoi kelas kami mmg meriah kot)
Saya: yup. Nape ma?
Mama: dah tau belum??(*berdebar-debar)..meow dh mati
Saya: apa?????!!!!!!
Mama: meow dah mati
Saya : (still x pecaye lg) L kenape meow mati…….
Mama: ma pun x pasti, kene langgar kot.
Saya: T_T sobs.. ok la ma, nnt org call balik ..(sbb cikgu dh memandang ke arah aku!!haha)

Sedih sangat lah dengar berita macam tu, walaupun aku baru sekali je bersua muka denggan miki tu. Esoknya ami pulak post kt wall ak, dia buat karangan cerita sedih kt aku, sobsss!!!lg la aku sedih kan. Ni mesej yg ami bg…
to Ct Nabila.

pada suatu mlm,satu kejdin tlah brlaku drmh kite.sekor kucg brwrne kuning tlh prgi bt selamye..antra butr2 kejdian adalh speti brikut:

nme si mati : blum ade nme
tmpat kjdian : depan pintu
waktu kjdian : 21.5.2012 kul 9.00 mlm (mlm tdi)
sbb2 kmatian :msih dlm siastn
suspek :kete wira
tmpoh jgaan :1 bulan

kesimpulnnye smkin brtambh la koleksi kubo kcing di rmh kite..sye mmohon ampn sbb tdk mnjage bliau dngan baek..target kcing strusnye ialh kucg bukit raja..haha

yoyo je la ami kata nak jaga dengan baik lahai..hampeh..Ami kata kucing mati dalam pukul 9 mcm tu la. Mungkin dah sampai ajalnya. Aku baru bercadang nak balik minggu ni sebab nk jumpa dia dengan Mr G ..x sempat nak nyanyikan lagu untuk dia. Allah lebih sayangkannya. Bak kata ami, bertambah la koleksi kubur kt rumah kita, bunyi nak seram jek.haha..ok, kesimpulannya, sayangilah kucing dan haiwan peliharaan anda selagi mereka masih hidup dan sesekali memukul atau mengasarinya kerana mereka sangat memahami perasaan kita dan mereka jugalah yang setia pada kita tiap kali dalam kesusahan atau kesenangan. wasalam


Thursday 17 May 2012

Having fun with cda1252





Assalamualaikum.
Semalam kami pergi ke kampong keluarga allayarham Dato Hj Sidek dekat Banting. Perasaan sangat excited ok. Walaupun sebenarnya dh 3 kali postpone lawatan ni. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Dan aku berasa sgt lega sebab ini lah task terakhir yang perlu dilaksanakan..tournament dah buat minggu lepas. Firstly nak cakap yg korang memang sgt ohsemm lah..masa mula-mula gabung 2 kelas ni memang x Nampak keserasiannya,tp itu lah yang orang katakan “tak kenal maka tak cinta”..ececece.pengalaman yang aku nk share kt sini kita kena bijak dlm menyusun organisasi. Walau susah mana pun masalah yang kita kena selesaikan,pasti ada jalan penyelesaiannya.. kami memang sangat beruntung sebab ada coach dan tuan pengerusi yang sangat berdedikasi dan sangat komited dengan tugas. Ditambah pula dengan rakan-rakan ajk dan ahli kelab yang sangat bijak dan aktif. Hasilnya, program berjalan lancar dan ukhwah kami pun semakin akrabJ
Ok,sekarang nak cerita suasana kt kampong tu.sgt tenang dan mendamaikan *ecece ckp mcm ak xduduk kmpg pula kn..hehe.yuppp!!true memang best duduk kampong!!.semalam baru aku menyedari yang nilai dengan banting xde la jauh mana pun.so lepas ni boleh la selalu bertandang ke sana *wink:p

Ada apa kat BANTING???yesss,banting kt Selangor tau. Kami terus menuju ke rumah Allahyarham. Setibanya di sana memang sangat kagum. Struktur rumah dan kawasan sekitar memang sebijik dalam cerita dalam buku n vcd anak-anak sidek yang selalu ami(adek sy) beli masa kecik2 dulu.siyes xtipu!!!meja dorang makan, gelanggang, reban ayam, 99% sama weh!!teruja sekejap..tapi kitorang kat sana x lama sebab tuan rumah; puan kak ita yang garang dlm komik tu ada kerja yang perlu diselesaikan. Walaupun sekejap, byk sangat input yang kami dapat kt sana. Memang banyak kejayaan yang diraih oleh kelurga itu,. Sangat kagum dengan usaha gigih mereka. Nak jadi mcm dorg juga lah:p hhehe.mampukah?? habis melawat kami pun ambil gambar kenangan la konon2..ehe.

Next destination????PANTAI MORIB!!sangat teruja . sebab last pergi situ masa usia aku 3 tahun, memang dah lama sangat lah dan dah banyak sangat perubahan, dulu kt sini boleh mandi2 dan air memang jernih la kot,,memang totally different. Tapi suasana pantai yang sangat best tu tetap sama lah kan sebab aku memang suka gile!!!! Lepaking kt pantai. Tambah-tambah lagi kalau boleh buat istana pasir. Xkesah la orang nak ckp ak x matang ke ape ke..tp yg pasti aku bahagiaJ
Sepanjang perjalanan pulang ke kampus memang kami melalui bagan lalang, Gold Coast yg x pernah aku pegi tu.heh..sangat cantik permandangan di situ. Ditambah pula dengan lagu-lagu pakcik bas yang evergreen..memang terbaek dri ladang lah kan.. walaupun hanya sepetang perjalanan, banyak sangat pengalaman yang sgt ohsemm lah aku dapat.. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program-program kita..akhir kata,walaupun perkenalan kita sekejap tapi sangat bermakna kan..luv u all CDA1252 2012J

zaman kegemilangan mereka..

husaini dan kawan2 di depan reban ayam tu:p

ni la gelanggang yang sy cerita td!!!amek berkat sikit ye wadi?

simbolik rumah Keluarga Hj sidek

yessss!!!pantai yg sangat menenangkan

ade gaya mcm kt langkawi x??hehe

thats all.tq for reading:)
*gamba ramai-ramai dgn ahli CDA xdapat kt aku lg..lter on upload lah:)

Wednesday 16 May 2012

happy birthday kawan penaku


15/5/2012
Sweet 20 my dear friend ADILAH IDRIS. Kami bukan 1 sekolah,kami pun bukan 1 matrik,sekolah rendah apatah lg kan.ok. let me introduce u my friend called DilaJ .saya kenal dia lame dah kot.since form 4 kalau x silap..tp kami x pernah jumpa tau sepanjang perkenalan tu..and u guess what??!!!we are at the same university rite now..kenal pun sebab tersilap hntar mesej masa muda-muda dulu..haha,kelakar kan!!ni mamat khairi tu punye pasal lah tu..tp xpe.we are in good term nowJsweet kan cerita kami..and we always pray to be best friend forever keh:p

yapppp!!!ak curi gamba kt fb kau weh:p  soe..hehe

Saturday 12 May 2012

saya sayang mama saya:)

selamat hari ibu!!!!ok.i really miss my mom rite now.mggu lepas baru je jumpe,tp sekejap je la. malam kenduri tu pun dah makan kek bersama famili besar kite kan.best sangat lah!!terima kasih kpaada semua yang hadir,really appreciate it.

kepada ibu-ibu di luar sana,semoga kalian terus tabah melayan kerenah anak-anak dan sentiasa mendapat redha Allah.inshaAllah..

AND semenjak dua menjak ni selalu terdengar lagu maher zain ni:

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me
Maher Zain – Number One For Me  


lalalalala..baca lirik pun dah tau betapa besarnya pengorbanan ibu ni kan

last word from me.
I LOVE YOU mama till jannah
halalkan segalanya and sentiasa doakan supaya dapat jadi anak yg baik:)



salam rindu utk mama pn Rohaniah Sirin...

alahai blog!!

hai..ASSALAMUALAIKUM:)
kalam bismillah pembuka bicara.*ececece.entry pertama di blog kedua selepas http://hjhsitimah.blogspot.com/..hope dapat kongsikan sedikit kenangan dan rasa sepanjang dipinjamkan kehidupan di bumi yang nyata:)so,,enjoy reading my blog!!!