Wednesday 27 July 2016

Peluang kedua

Fasha kelihatan dungu. Aku cukup mengenali insan gagah ini. Semangatnya tak pernah luntur. Malah dia masih boleh bergelak di saat hatinya sakit. Sebaknya di dalam dada, di sudut paling dalam. Ada kalanya terlepas peritnya turut dirasai olehku.

Suatu hari, fasha mengambil telefon bimbit yang usang itu untuk menaip beberapa baris ayat penyata kepada abangnya. Dia kelihatan seperti berputus asa. Perjuangannya sudah di tengah-tengah. Seringkali aku mengingatkan fasha kisah arnab dan lobak serta pendaki yg sudah hampir di kemuncak namun dia berpatah balik. Hanya kerana putus asa.

Aku sibuk menansihati Fasha. awak nak menangi sepanjang hari maka aku izinkan. tetapi hanya untuk 2 hari, selebihnya, bangkit, berjalan, dan terus berlari. jangan kau toleh kisah silammu. cukuplah ia menjadi kenangan.