Saturday 30 November 2013


Selongkar draft jumpe yg ini. bismillah:)
22/8/2013
Happy birthday ezni! Ehhe 21 tahun dah anda. Pagi yang tak cergas dan ma suruh kemas stor yang didalamnya penuh dengan buku dan barangku sepanjang pengajian di integomb, kmpk, dan usim. Sememangnya nabila kurang gemar menyelongkar barang-barang itu semula mengenangkan zaman-zaman pahit manis yang lalu. Satu persatu khazanah dikenalpasti. Ah kenangan lalu! Terjumpa tanda nama  dari pelbagai event. Terjumpa gambar-gambar lama. Terjumpa surat cinta. Terjumpa kad hari lahir. Terjumpa flyers, (yg ini memang femes dalam kalangan budak sbp lah kan). Terjumpa kad request dunkindonut prs. Terjumpa kad pulang bermalam dan kad outing. Dan yang paling dahsyat terjumpa slip salah laku(yg ini budak2 nakal macam aku biasa dapat.hehe).








namun itu semuanya kenangan. Kenangan yang tersemat abadi dalam lipatan sejarah hidupku. Kadang-kadang terfikir balik kalau kita tak pernah gagal. Kita tak rasa betapa peritnya apabila kita jatuh. Begitu juga sebaliknya. Kita selalu alpa di saat berada di puncak tertinggi. Dan hakikatnya sudah menjadi lumrah kehidupan manusia yang seperti roda ada kala di atas dan adakalanya terperosok dibawah.   

Jadi adik-adik yang masih bersekolah tu, manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada kt sekolah tu sebab kat luar tak tentu lagi dapat pengalaman yang seronok macam kat sekolah. Yes I admit it! Dulu kat sekolah pun aku lah orang yang paling tak sabar nak habis sekolah , nak masuk u, nak kerja katenye. Tapi baru beberapa hari tinggalkan sekolah Ya Allah rindunya tak payah cerita lah kan. Rindu nak bangun pagi buta dengar siren turun subuh,  rindu nak berhimpun kat kalang cekal, rindu nak berebut kat koop, rindu nak usrah hari jumaat haishh rindu semualah. Yang pasti terlalu banyak kita belajar kat sekolah. Belajar jadi budak pandai dah nama pun sbp (sekolahbudakpandai) walaupun ade yg takberapa nak jadi pandai sebab banyak main macam aku nih-_- (okinirealiti), belajar uruskan majlis-majlis besar kat sekolah, belajar buat keputusan yang bijak, belajar jadi dewasa dan matang , belajar berdisiplin, belajar bawak diri kat tempat orang, dan yang paling penting belajar jadi khalifah yang nak berjasa di bumi Tuhan ni.

Belajarlah dik selagi ada masa. Nanti banyak kenangan, banyak cerita boleh dikongsikan kat kawan-kawan yang tak senasib dengan awak. Bukan untuk bangga, tapi sekadar berkongsi dengan penuh rasa kesyukuran. Dan satu lagi nanti confirm bertambah-tambah kawan lepas balik dari kem atau game  sana- sini. Jadi tak payah nak jakun sangat lah kan kalau jumpa mereka kembali masa kat asasi atau u nanti. Akhir kata terima kasih sekolah, terima kasih cikgu-cikgu yang tak pernah kenal erti penat lelah dalam mendidik anak bangsa yang banyak kerenah yang macam kami ni, terima kasih kawan-kawan yang menjadi pelakon dalam pementasan kisah sekolah kita. Walau di mana kita berada, jangan lupa asal usul kitaJ sekian maaf andai tersilap kata. Selamat hari raya