Wednesday 26 October 2016

Kering Air Mata

Perjalanan ini bukan mudah
Segala kulalui satu persatu
Patah hati, sakit hati
Sudah bengkak barangkali,

Apa kau tahu?
Terus menghukumku sampai bila?
Sampai kau puas?
Kau tak akan puas manusia.

Sedarlah
Hidup ini ibarat roda,
Kadang kau di bawah
Kadang kau di atas,
kau mendongak angkuh,
Kau lupa Tuhan itu maha kuasa.

Cukup sakitku ku rasa sendiri,
Perit ini tak sanggup lagi aku hadapi
Bila kau mahu berjaya?
bukan
Sudah kamu berjaya?
orang akan berpaling kembali


Kesat air matamu,
aku ampuh melihatnya,
teruskan usahamu,
teruskan berdoa,
masa untukmu akan tiba

Monday 5 September 2016

Simpan Rapi Sendiri

Assalamualaikum,

Rasa ini. hati ini, akan kurasa sendiri,
Biar hingga mati, akan kuhayati,
Pengorbanan hidup sakit tak terperi,
Kerana kupercayai ada hikmah tersembunyi.

Satu kumahu kau tahu,
namamu sentiasa ada dalam doaku,
di sepanjang hayatku,
selama hidupku.

Semoga segala kebaikan mengiringi,
semoga segala kejahatan kau simpangi,
Biar lama aku menanti,
Kau tetap di dalam hati.

Mawar 050916

Wednesday 27 July 2016

Peluang kedua

Fasha kelihatan dungu. Aku cukup mengenali insan gagah ini. Semangatnya tak pernah luntur. Malah dia masih boleh bergelak di saat hatinya sakit. Sebaknya di dalam dada, di sudut paling dalam. Ada kalanya terlepas peritnya turut dirasai olehku.

Suatu hari, fasha mengambil telefon bimbit yang usang itu untuk menaip beberapa baris ayat penyata kepada abangnya. Dia kelihatan seperti berputus asa. Perjuangannya sudah di tengah-tengah. Seringkali aku mengingatkan fasha kisah arnab dan lobak serta pendaki yg sudah hampir di kemuncak namun dia berpatah balik. Hanya kerana putus asa.

Aku sibuk menansihati Fasha. awak nak menangi sepanjang hari maka aku izinkan. tetapi hanya untuk 2 hari, selebihnya, bangkit, berjalan, dan terus berlari. jangan kau toleh kisah silammu. cukuplah ia menjadi kenangan.

Sunday 21 February 2016

Bila kau putus asa

Patah hati?
Mahu putus asa?
Sebab tak capai apa yang diidamkan?

Syukur mana syukur?

Ada kalanya hati resah
banyak kalanya aku trauma
hidup kadang menyeramkan
bagai sentiasa ada yg menyelubungi
tapi kau lupa
Tuhan yang sentiasa memerhati

Mana ingin diluah mana ingin didengar
ikutlah mahu jadi apa
imbalan di mahsyar kelak
ada amal yang boleh ditimbang?
hanya putus asa

Cukuplah
Bangkit

mawar

Wednesday 27 January 2016

Duka selepas suka

January 2016
----------------

Setiap orang ada jatuh dan bangunnya. Akur.
Terima kasih Allah untuk permulaan tahun yang penuh cabaran.
Aku kenal dengan seseorang.
Seorang cantik, tabah, dan manja.
Aku panggil dia fasha
Bulan ini saja banyak perkara terjadi kat dia
Dia selalu senyum sorokkan duka dia
Fasha positif orangnya, dia beranggapan segala perkara ada hikmahnya
dia dimaki, dihina, dikritik
semua nampak salah
semua tak kena
tapi dia sedaya upaya nak senangkan hati semua orang.
aku rasa sudah sampai masa kau fikir pasal diri kau fasha.
Cukup dulu kau sakit sebab orang,
beri sikit masa untuk kau gembira.

Aku selalu perasan, orang yang selalu gembira ceria ni mesti ada sesuatu yang dia sorok.

kita taktau kalau dia tengah sedih ke, kecewa ke, trauma ke.
tenang sahaja hidup kau fasha. Segalanya akan kembali ceria
Aku selalu doakan kau terus tabah cantik dan gembira.
Kegagalan itu biasa
tapi kegagalan boleh jadi binasa
Ayuh bangun, anggap itu mungkin cara Allah nak bantu ringankan beban kita kat akhirat kelak.

Syukur atas segala nikmat yang diberi ALLAH.
Cari hidupmu jangan lupa matimu, Sahabat.