Monday 8 September 2014

TRAVELOG SEORANG MAWAR- KUALA LUMPUR


Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum.
Lama dah menyimpan hasrat nak berkongsi satu dua cerita mawar jalan-jalan bersama sahabat dan sanak saudara. Tak lah banyak tempat pun, tapi sikit-sikit orang kata. Hehe.  Maka bermulalah travelog seorang mawar.

Kali ini siri ziarah isai7 ke KL. Nama je dekat Nilai- KL tu, tapi nak berjalan sama-sama gini mana nak dapat woi. Lepas berkumpul, baca doa sikit bergeraklah kami ke Gombak, destinasi pertama! Tapi sebelum tu ambil kawan-kawan yg baru sampai dari kampong halaman. Kesannya sampai sekarang kalau lalu tol Sg besi tu mesti teringat syafiqah cerita dia melintas dari satu tol ke satu tol dengan beg dia yg besar tu. Haha. Itu lah nama kenangan yg tak boleh dilupakan.

Sampai kat rumah Khalaf awal lagi, jadi kita main-main dulu si harraz n marissa anak kalap, eh anak buah khalaf maksud saya. Comel sangat budak dua orang ni rasa nak culik simpan kat nilai. Dah habis makan- makan semua kita ambil gambar dan bergerak ke rumah Mery. Oh ye, asal usul sebab nak jalan-jalan ni kita nak ziarah rumah kawan-kawan kita biar senang esok lusa dorang kahwin kita dah tau rumah! Eceh kemain haa. Tapi sebelum pegi rumah Mariah tu kita menyinggah dulu ke UIA, *sambil lambai-lambai integomb.heeJ Lawatan ilmiah la kononnya. Siap bawa gi pusat sukan lelaki. Nakal betul kekanak lelaki isai7 ni menyakat kami-kami yang sopan lagi ayu ni haa. Haha. Ok kat rumah Mariah kit abaca doa selamat sikit doakan kesejahteraan keluarga Mariah terutamanya ibunya yang sedang tabah melawan penyakit. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selamat sate, mee kari, karipap mendiamkan mulut-mulut kami ni ha. Kenyang nak habaq ! sebenarnya kenyang dari rumah khalaf tadi tak sudah lagi, pastu nak makan lagi makan lag dan lagi.  Lepas solat zohor di masjid berdekatan kita menyambung perjalanan ke rumah diyana dan el wafa.

acara rasmi: gambar kenangan di rumah mek kal




mat bunga bersama bunga

kediaman mariah

kediaman diyana

kediaman el wafa



meeting ISAS ok -.-




Ke Ampang lah kita ! rumah diyana kekanak bsc2 pernah pegi dulu waktu kakak nana kahwin, tapi ingat2 lupa. Takpe kite redah sajo, konfiden tu penting !hehe. Mak nana berkenan betul dengan si ahmad, mungkin sebab nama adik nana amad jugak kot. Mungkin. *naluri ibu. Ok takde kaitan! Haha. Laksa rumah nana terbaik! Dah la memang mawar suka sangat makan laksa. Memang ummmph la kan. Agak-agak muka dah ngantuk kekenyangan tu eloklah kita beransur ke destinasi seterusnya. Usai solat asar kita pun bersesak-sesaklah ke rumah el wafa aka bone ketua isai7 musim ini. Eceh. Mak el bagi sepatah dua kata best sangat kitorang dengar. Buat peringatan diri orang kata. Pastu jakun muka adik el macam pepira pastu banyak gila komik o_O. Takpe wa control lagi kengkonon tak eksaited, padahal! Terima kasih kepada semua keluarga yang terlibat! Kenyang makan dari pagi sampai ke malam. Mintak sikit resepi samosa kat ummi el. Kihkih. Maka tidurlah anak-anak isai7 dengan senyuman pada malam itu.
Perjalanan belum selesai, kita redah hujan dulu kat klcc. Solat isyak dan yang paling grand kita boleh buat the 1st meeting isas kt suria tu. Hebat tak hebat kengkawan I ni kan. Mata pun dah layu, meeting pun dah sudah. Ayuhlah kembali ke bumi nilai yang tercinta untuk mengharungi hari-hari seterusnya. Seronok dapat berkumpul *walaupun memang hari-hari muka ni jugak yang berkumpul, tapi ini aktiviti luar bilik darjah orang kata. Memang tak membantu naikkan gred pngk tetapi nilai pengalaman hidup dan meluaskan pandangan. Semoga menjadi insan berguna ye masing-masing!