Tuesday 31 July 2012

nilai seorang sahabat:)

tahap keterujaan yang sangat tinggi apabila kawan yang dah lama x jumpa datang melawat ke semenanjung. oh oke, my sarawakian friend !!

hi guys!assalamualaikum:)

walaupun jarak yang jauh memisahkan antara kita dah sahabat itu, pasti! seakan ada suatu ikatan atau talian yang menghubungkan kalian, walau sejauh mana mereka berada. begitulah manisnya sebuah ikatan ukhwah yang terbina sejak sekian lamanya. persefahaman yang tinggi sangat perlu dalam konsep bersahabat. tidak kira anda lelaki ataupun perempuan.

tetapi ada beberapa faktor yang menunjukkan lelaki dan perempuan mengalami kondisi yang berbeza sepanjang berkawan.

1. declare sebagai kawan
selalunya perempuan lah lebih cerewet, nak yang official punya..eg:"hai, saya nabila, selamat berkenalan!"
nampak macam skema lahai wahai perempuan..berbanding dengan lelaki yang memang sangat sempoi weh! jumpa orang dan cakap hai kt ublic toilet pun dah kira kawan. bila isteri tanya "sape tu bang?" mesti nanti dia cakap "kawan haritu terserempak kt toilet"..kalau perempuan pula, masti nanti dia cakap "sape entah ,tapi muka dia mcm familiar lah!" haha. nampak macam kelakar kan? tapi ada betulnya juga kadang-kadang..

2. sifat-sifat yang "mulia"
selalunya bab simpan rahsia lah!perempuan suka cakap"weh,tapi ni rahsia tau,rasa bersalah pulak nk cite kt korg". memang perempuan pandai jaga rahsia pun-,-. . .tapi itulah yang dikatakan kadang-kadang jantina boleh dijadikan faktor perbezaan. kalau lelaki yang jenis simpan rahsia, confirm weh!xde sape akan tahu rahsia tu, , dah nama pun rahsia kan memang lah cuba menyembunyikan sesuatu daripada diketahui umum. tapi aku rasa kalau setakat mesej awek kat handphone dorang tu,mesti semua housemate dah habis bace lah lagi-lagi lelaki suka letak handphone merata berbanding perempuan yang handphonenya sentiasa disisi. privacy habis lah kau perempuan!

3. cara menghargai
perempuan biasanya perlu ada baju atau purse atau gelang atau beg yang sama untuk menunjukkan yang mereka adalah bff berbanding lelaki yang xpernah kisah pasal semua perkara tersebut. remeh sangat lah kalau semua nak sama kan. kawan lelaki kalau yang tak kesah bagi pinjam duit tu pun dah ok dah. kalau setakat bagi present time birthday tu lelaki lago extreme lah kot. lagi-lagi bab prank orang. lagi kejam lagi best kan kan kan lelaki? kalau perempuan dibuatnya gitu, mahunya terus jadi gaduh!haha. then kalau tak ingat nak wish birthday mulalah nak touching semacam. . chill la weh, birthday je pun:))

tapi tak semua perempuan sama seperti perempuan-perempuan di atas begitu juga tak semua lelaki sama seperti lelaki di atas, cuma kebiasaannya begitulah:) peace no war

okeh, berbalik kepada cerita introduction di atas

ini kawan saya yang jauh di mata dekat di hati:)
selongkar blog lama, jumpa pulak entry ni..hikhok

http://hjhsitimah.blogspot.com/2011/01/2011.html

dulu (2009)


|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

2012



sahabat selamanya:))

Sunday 22 July 2012

kematian itu pasti. .



16 julai 2012 merupakan tarikh yang menjadi sejarah dalam hidupku. Seorang wanita yang kupandang mulia, senyumannya tidak akan kulupakan sampai bila-bila. Allahyarhamah hajah sitimah binti hj sirin; nenda tercinta telah kembali kepada pencipta-Nya. Sesungguhnya aku pasti kematian itu pasti.

“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. . .” Ali imran 3:145

Pemergiannya membuatkan seluruh warga Ukhwah Hjh Sitimah bermandikan air mata. Suasana terlalu sebak. Pagi itu, keadaannya masih normal. Namun aku dapat merasakan masanya sudah hampir. Rengekannya sangat jelas kudengari, kesakitan dalaman yang tidak dapat kubayangkan betapa getirnya rasa. Sebelum nenda dimasukkan ke wad, doktor mengesahkan bahawa arwah menghidapi upper gastrointestinal bleed. Aku serba sedikit tahu tentang penyakit ini hanya belum berpeluang untuk terus mendalami dalam bidang ini. Wajarlah tekak arwah sentiasa kering dan sangat dahagakan air, setiap apa yang dimakan semuanya habis dimuntahkan semula. Keadaannya lemah dan tidak bermaya, wajahnya kelihatan semakin pucat. Seusai zohor, panggilan dari sepupu yang kutinggalkan di hospital lantaran mama ingin mengganti pakaian yang terkena muntah nenda pagi tadi mengatakan yang arwah sudah berada dalam keadaan tenat. Tidak pernah ku memacu laju di jalan kampung selaju petang itu. Aku hanya mampu berdoa agar segalanya mudah dan selamat. Terasa beban yang sangat berat kupikul tika itu. Suasana redup mengiringi kami. Setibanya di hospital, adik beradik mama sudah bisu dan kelihatan resah sekali. Rupa-rupanya nenda sudah mengalami kesukaran untuk bernafas. Air mata yang sememangnya tidak tumpah sekian lama akhirnya jatuh ke pipi. Doktor memeluk erat daddy nong dan mengatakan ayat keramat seperti dalam kebiasaan drama melayu. hujan mulai turun seolah-olah turut bersedih dengan berita itu. Tambah menyedihkan apabila anak bongsu kesayangan nenda tidak sempat untuk menatap nenda buat kali terakhir. Hanya beberapa saat sahaja, namun ajal tak mengira waktu. Pada mulanya aku masih tidak percaya, dahinya kukucup. Senyumannya masih terukir cantik. Nenda masih tidur, tidur selenanya di sana. Berehatlah wahai nendaku sayang. Doaku semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmah. . . al-fatihah  


Thursday 12 July 2012

pertemuan dan perpisahan


Hari terakhir semester II. rasa sayu pula nak tinggalkan kawan-kawan. semua dah sibuk mengemas dan masing-masing dah beli tiket nak balik kampung halaman. sememangnya aku insan biasa yang byk buat salah kat kawan-kawan, pensyarah ,dll. harap dimaafkan. lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.aku reda sebab perpisahan itu kadang-kadang menguji tahap keutuhan ukhwah kita. semoga segalanya selamat:)

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir

Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
1st Edition feat Aizat Amdan – Perpisahan Ini