Sunday 21 October 2012

TIADA ISTILAH JEMU


Assalamualaikum.Salam perjuangan!
yalls sihat? kalau tak sehat jumpa nabila,okeh??*gurau je,hehe. Semenjak melangkah ke sem 3 ni memang sangat banyak perkara yang berlaku. Ada yang manis dan ada yang pahit. Itu semua adat kehidupan. Aku akur kerana aku tahu setiap perkara mempunyai sebab mengapa ianya harus berlaku. Ahha! Semalam saya menjamah sarap sambil mendengar celoteh pengacara dan panel  ‘Assalamualaikum’;merupakan sebuah rancangan pagi di saluran Al-Hijrah. Syabas dan tahniah kerana berjaya menarik perhatian nabila untuk mendengar!*Nampak sangatinsaf.haha. okeh. Mari saya kongsikan serba sedikit apa yang motivator tu syarahkan. Sebenarnya apa yang membuatkan nabila tertarik nak dengar dan lihat sebab perkara yang disebut seolah terkena di batang hidung sendiri. Bagaimana menghadapi kenyataan bahawa anda perlu repeat paper?? Bagaimana nak menghadap subjek yang sama yang kita tak pernah minat?? Bagaimana mengahadapi muka lecturer yang sama yang paling anda ‘cintai’. Ouh! Sememangnya sesuatu perkara yang ajaib kalau repeat then u got an A!! Tapi itu tak mustahil. Penceramah tu kata peranan kaunselor sangat membantu sebab mereka akan cuba sedaya upaya mencungkil masalah yg kita hadapi. Sebab tu nabila cita-cita tinggi nak jadi kaunselor!*ehinitipu,dirisendiripuntakterjaga. Haha. Dan ternyata usaha itu berbalas, penceramah turut bercerita contoh pelajarnya yang sememangnya tidak mempunyai semangat lalu dididik rapi, ditanyakan soalan kepadanya, bertanya adakah mungkin pelajarnya itu mempunyai masalah atau halangan lain. Seterusnya diterapi secara kerap dan akhirnya mereka berjaya. Hakikatnya mereka sudah pernah belajar subjek2 tersebut mungkin hanya tersilap langkah lalu tersungkur. Jadi mereka tidak memerlukan tempoh 1 semester itu hanya untuk belajar perkara yang sama. Mereka perlukan perhatian dan sokongan yang utuh dari guru-guru, rakan, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Yeahh!you really inspired me!ahha. dan aku tak pernah kecewa kerana aku yakin Allah pasti sentiasa di sisi membantu tika senang dan susah dan aku percaya gagal sekali tak bermaksud gagal selamaya..ingat tuJ
disisi tika senang dan susah.bsc02 2011/2012