Sunday, 22 July 2012

kematian itu pasti. .



16 julai 2012 merupakan tarikh yang menjadi sejarah dalam hidupku. Seorang wanita yang kupandang mulia, senyumannya tidak akan kulupakan sampai bila-bila. Allahyarhamah hajah sitimah binti hj sirin; nenda tercinta telah kembali kepada pencipta-Nya. Sesungguhnya aku pasti kematian itu pasti.

“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. . .” Ali imran 3:145

Pemergiannya membuatkan seluruh warga Ukhwah Hjh Sitimah bermandikan air mata. Suasana terlalu sebak. Pagi itu, keadaannya masih normal. Namun aku dapat merasakan masanya sudah hampir. Rengekannya sangat jelas kudengari, kesakitan dalaman yang tidak dapat kubayangkan betapa getirnya rasa. Sebelum nenda dimasukkan ke wad, doktor mengesahkan bahawa arwah menghidapi upper gastrointestinal bleed. Aku serba sedikit tahu tentang penyakit ini hanya belum berpeluang untuk terus mendalami dalam bidang ini. Wajarlah tekak arwah sentiasa kering dan sangat dahagakan air, setiap apa yang dimakan semuanya habis dimuntahkan semula. Keadaannya lemah dan tidak bermaya, wajahnya kelihatan semakin pucat. Seusai zohor, panggilan dari sepupu yang kutinggalkan di hospital lantaran mama ingin mengganti pakaian yang terkena muntah nenda pagi tadi mengatakan yang arwah sudah berada dalam keadaan tenat. Tidak pernah ku memacu laju di jalan kampung selaju petang itu. Aku hanya mampu berdoa agar segalanya mudah dan selamat. Terasa beban yang sangat berat kupikul tika itu. Suasana redup mengiringi kami. Setibanya di hospital, adik beradik mama sudah bisu dan kelihatan resah sekali. Rupa-rupanya nenda sudah mengalami kesukaran untuk bernafas. Air mata yang sememangnya tidak tumpah sekian lama akhirnya jatuh ke pipi. Doktor memeluk erat daddy nong dan mengatakan ayat keramat seperti dalam kebiasaan drama melayu. hujan mulai turun seolah-olah turut bersedih dengan berita itu. Tambah menyedihkan apabila anak bongsu kesayangan nenda tidak sempat untuk menatap nenda buat kali terakhir. Hanya beberapa saat sahaja, namun ajal tak mengira waktu. Pada mulanya aku masih tidak percaya, dahinya kukucup. Senyumannya masih terukir cantik. Nenda masih tidur, tidur selenanya di sana. Berehatlah wahai nendaku sayang. Doaku semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmah. . . al-fatihah  


No comments:

Post a Comment