28/7
Seusai
subuh nabila terus bersiap untuk ke Sama-Sama Hotel. Pagi tu hanya tuhan yg
tahu rasa sebak, berat hati, tak nak pegi ,rasa macam tak ubah keputusan pun
ada. Tapi cuba positifkan juga dengan niat menuntut ilmu kerana Allah. Rezeki
daripada Allah yang semua orang berebut nak pegi. Sebab-sebab tak nak pergi tu takde lah
kritikal sgt, sebenarnya nabila dah dimomokkan dengan kepayahan dan kesukaran
sepanjang berada di program ini melalui blog batch Infosys yg lepas. Tambahan
pula, nabila bukan minat sgt dan tiada kepakaran khusus nak ber’komputer ’
sepanjang cuti sem4 ini. Memang ada niat nak kerja dan duduk ber’relaks’ di
rumah sahaja. Ternyata semua berlaku sekelip mata. Jumaat habis exam, Sabtu
beronggeng dgn wani, nara ,n juju ,dan Ahad nabila dah ada di Sabah ba. Sekelip
mata oke, tak ada masa nak tukar fikiran bagai. Tapi macam biasa ,bebajet cool
bebajet kental. Pastu cakap dpn cermin, chill la sabah je pun, sebulan je pun *
oke ini tipu, sebulan tu lama kot-_- Nena tu setahun duduk semenanjung oke je.
Sobs. Tapi lainnya kat sini, jadual anda-anda sangat padat. Sangat padat oke! Tak
payah nak berangan nak daki gunung kinabalu bagai. Kelas pagi ke petang +
esaimen utk dihantar pada malamnya. Tiada cuti sabtu dan ahad. Ternyata sangat
seronok. Sangat seronok -_-. Tapi nabila akui program ni mmg sesuai utk org yg
dah habis belaja tunggu nak grad atau nak g LI sebab korang akan polish balik
apa yang korang belajar sepanjang pengajian korang tu. Memang la penat, tapi
fikir utk masa depan. Ma pun cakap benda yang sama. Sebab mulanya nabila mmg
takde rase nak pegi Infosys ni, ujian pun buat main-main sebab lecturer
wajibkan semua sit for the test kan, interview lagi la, buat tak sopan bagai.
Tapi tu la, orang kata rezeki. Mungkin Allah atur nabila duduk sini supaya
jatuh cinta dengan ISA ke kan, dah dua tahun oke tapi rasa tu tak sampai lagi.
walaupun dah duduk dalam golongan bijak pandai programming, database, dll
nabila tetap rindukan buku Biology Campbell yang kt rumah tu. Mungkin sebab tu
yang membuatkan nabila rasa tak seronok. Mereka yg join program ni memang perlu
berlapang dada dan terima apa saja.
Allah atur dan nabila cuba tempuh walaupun kadang- kadang ada sampai
tahap nak putus asa tapi sentiasa yakin yang segala yang berlaku pasti ada
hikmahnya.
Hari pertama program dah ada pre-test dan majority failed seperti yg
disangka. Rasa macam tak pernah belajar apa-apa sebelum ni. Memang main dadu
lah jawabnya. Soalan sgt tricky dan anda sgt perlu berpengetahuan tinggi dalam
bidang-bidang tersebut. Tapi tenaga pengajar sangat membantu, untuk siapa yg
ade rasa susah mcm nabila ni, memang perlu angkat tangan tanya, sebab once
korang simpan soalan tu seharian, memang sampai bila tak akan tau. Seminggu
terawal ni masih boleh rasa menjadi manusia lagi sebab baru belajar ICS, OS,
dan Problem Solving tech. Tunggu seminggu lagi jadi la zombie yang berjaya kot.
Pergi pagi balik malam. Pastu sedapkan hati sendiri nak praktis esok-esok kau
kerja gini lah kot. Btw setiap seminggu memang akan ada test yang merangkumi beberapa subject yang dh belajar tu. Sangat
seronok.
4/8
Terawekh
terakhir di masjid ums. Ternyata sebak, hamper sebulan ramadhan di bumi sabah
dan hanya tinggal kurang seminggu untuk syawal. Memang tak terasa lama, jadual
harian yg sama hari demi hari. Segala jenis bahasa pengaturcaraan dipelajari
dan aku bersyukur kerana Allah kurniakan kekentalan jiwa terhadap diri ini.
Kalau tak, nabila rasa ada yg dah berrenang balik semenanjung kot. 3 hari
sebelum tamat program Infosys ni kami dapat emel daripada dr fadzly, dan kami
ditawarkan utk menyambung pengajian ke Infosys batch 10 di Langkawi. Bila
dengar Langkawi memang rasa tak nak fikir 8 kali utk mengatakan nak pergi. Tapi
kata hati cukup dulu untuk yg ini. Mungkin rezeki di lain masa. Memang kena
nasihat dengan makpi dll. Tolak rezeki katanya. chopppp! mari mengimbau sebentar
workspace
makanan harian
pasar filipin, jakun tgk ikan bakar jual mcm keropok lekor gitu haa
groupmate! grup8 + sv piji + haris, ok miss u guyss
usimians at infosys9
laluan harian
malam terakhir di sini, malam tido less than 1 hour dan pagi lepas sahur hantar efa balik kuching, mmg la aku dah lama tak bawak kereta kan, Alhamdulillah segalanya lancar,sebak tak payah cerita lah kan, pukul 6 dah sampai kkIA. Kak alia n kak vee yg rapat dgn efa pun ada sekali. Sememang nya pesahabatan ini sgt indah. Sangat indah. Manisnya ukhuwah yg dibina atas nama Allah. Semoga diberkati. Ada rezeki kita jumpa di lain masa.





